Mod

Pemenang kekal pada roda

Setiap pemenang dikeluarkan daripada roda

Kira kekerapan setiap entri menang

0 Entri
Lagi pilihan
Warna
Roda yang disimpan
    Imej
      CSV

      Kemenangan

        Keputusan Lepas

        # Pemenang Masa

        Apakah Roda Ya atau Tidak?

        Pernahkah anda buntu dalam dilema, tidak pasti sama ada ingin memilih "ya" atau "tidak"? Roda Ya atau Tidak sedia membantu anda membuat keputusan secara rawak apabila berbelah bahagi. Ia alat web ringkas dan mesra pengguna yang direka untuk memberi jawapan rawak "ya" atau "tidak" kepada sebarang soalan anda. Sama ada anda berfikir "Patutkah saya keluar berjalan sekarang?", "Patutkah saya tonton wayang malam ini?", "Patutkah saya pesan makanan daripada memasak malam ini?", atau sekadar mencari hiburan rawak, roda ini sedia membantu.

        Bagaimanakah Roda Ya atau Tidak Berfungsi?

        Kami telah sediakan pilihan ya atau tidak secara lalai, namun anda boleh mengubahnya mengikut kehendak anda. Begini cara untuk bermula:

        • Fikirkan soalan yang jelas dan khusus dengan jawapan sama ada "ya" atau "tidak". Elakkan soalan yang memerlukan jawapan terperinci atau rumit.
        • Anda boleh menambah lebih banyak pilihan atau menyuntingnya dengan menetapkan peratusan (%) pemberat bagi setiap pilihan. Asingkan setiap pilihan dengan tanda koma (,) atau baris baharu. Contohnya: 'ya 70%, tidak 30%' atau:
        • Klik pada roda dan tonton ia berputar. Dalam seketika, ia akan berhenti pada pilihan "ya" atau "tidak".
        • Roda berhenti dan jawapan anda akan dipaparkan.

        Mengapa Perlu Guna Roda Ya atau Tidak?

        • Menjimatkan masa dan mengurangkan tekanan daripada terlalu berfikir tentang pilihan mudah.
        • Ianya rawak sepenuhnya bagi menjamin keputusan yang adil dan tanpa berat sebelah.
        • Menambah elemen kejutan dan keseronokan dalam membuat keputusan, seperti bermain permainan.

        Bila Sesuai Menggunakan Roda Ya atau Tidak?

        • Memilih filem atau tempat makan malam.
        • Membuat keputusan dalam permainan atau aktiviti santai.
        • Bila-bila masa anda perlukan keputusan pantas yang adil dan saksama.

        Peringatan:

        Walaupun Roda Ya atau Tidak merupakan alat yang hebat untuk keputusan pantas dan menyeronokkan, gunakannya secara bijak. Ia bukan bertujuan untuk keputusan hidup yang serius atau penting. Sentiasa pertimbangkan konteks dan pastikan ia sesuai dengan situasi anda.

        Jadi, Cubalah Sendiri! Lain kali jika anda buntu membuat pilihan mudah, biarkan Roda Ya atau Tidak buat keputusan untuk anda. Putar roda ini dan serikan hari anda dengan sedikit keseronokan rawak!